Perbezaan Antara BOSS dan PEMIMPIN

Perbezaan antara seorang KETUA/BOSS dan PEMIMPIN ?

1.Seorang BOSS mencipta rasa takut dalam diri pekerjanya.
Seorang PEMIMPIN membina rasa hormat dalam diri pekerjanya.

2. Seorang BOSS mengatakan “SAYA” dalam membuat keputusan.
Seorang PEMIMPIN mengatakan “KITA” dalam membuat keputusan.

3. Seorang BOSS mengamal sikap dirinya sahaja yang betul.
Seorang PEMIMPIN menerima pendapat pekerjanya yang betul.

4. Seorang BOSS mengutamakan kuasa dalam mengawal pekerja-pekerjanya.
Seorang PEMIMPIN mengutamakan kerjasama diberikan oleh pekerja-pekerjanya.

5. Seorang BOSS mengarah pekerjanya membuat kerja.
Seorang PEMIMPIN memimpin pekerjanya membuat kerja.

6. Seorang BOSS menyalahkan pekerja.
Seorang PEMIMPIN menyelesaikan masalah dan memperbaiki kesalahan pekerjanya.

7. Seorang BOSS menguasai 90% pekerja yang bermasalah.
Seorang PEMIMPIN menguasai 90% pekerja yang berkerjasama.

8. Seorang BOSS menyebabkan timbul perasaan dendam di kalangan pekerja.
Seorang PEMIMPIN membina rasa percaya dan hormat di kalangan pekerja.

9. Seorang BOSS menyebabkan pekerjaan menjadi bosan kepada pekerja
Seorang PEMIMPIN menyebabkan pekerjaan menjadi menyenangkan/menarik.

Leave a Reply