Semenyih MTB Challenge 2017

13 Ogos 2017
Sungai Lalang Hot Spring
Semenyih MTB Challenge 2017
Total distance 28km

Bertolak dari rumah jam 6.00pagi.

20170813_071750

Parking di tepi jalan, tak sanggup parking di tanah open space yang berlumpur.

20170812_155441

20170813_072254

Ramai riders sudah sampai awal di garis permulaan.

20170813_072526

Pukul berapa diorang sampai daaaa…

20170813_072845

20170813_073120

Ambil gambar sebelum flag off jam 8.00 pagi.

FB_IMG_1502628099447

FB_IMG_1502634364473

20914262_1528603790531433_6082395987504121524_n

Jumlah jarak adalah 28km. Laluan melalui ladang sawit, ladang getah, kampung orang asli dan belukar sekitar semenyih. Bagi aku, jamboree ini adalah antara yang SUSAH yang pernah aku join. Terdapat beberapa single trail di belukar yang mencabar dan banyak melalui akar-akar kayu licin. Laluan trail dimasukkan dengan banyak bukit. Awal-awal dibagi bukit, di pertengahan juga bukit dan 3km terakhir juga dibagi bukit. Akibat terlalu kerap menghadap bukit, aku menghadapi masalah lenguh pinggang akibat letih menolak dan perut berangin (cramp). Akibatnya, di bukit 3km terakhir aku terpaksa berehat lama dan berbaring sebentar untuk menstabilkan diri. Sudah lembik rasanya. Untuk jamboree ini, diakui memang aku kurang persediaan. Minggu-minggu sebelumnya aku hanya kayuh taman dan tiada kayuh berat dan endurance.

Walaubagaimanapun, aku berjaya melalui semua 3 checkpoint dan menghabiskan keseluruhan trail walaupun catatan masa tidak berapa baik.

20170813_140020

Screenshot_20170814-124800 Screenshot_20170814-124704 Screenshot_20170814-124647

Leave a Reply