Nilai Half Marathon 2017

Nilai Half Marathon 2017

Tarikh: 14 Mei 2017
Flag off: 7.00 pagi
Tempat: Masjid Bandar Nilai

Pada awalnya macam taknak masuk event ni disebabkan tiada langsung latihan running. Rasa tak yakin nak habiskan 21km larian. Tetapi kerana taknak membazir, akhirnya join jugak last minit.

Screenshot_20170514-115648

Bilangan perserta mendaftar dikatakan hampir 1000 orang tetapi yang aku dapat lihat di garisan pemulaan dalam 600 lebih peserta sahaja. Pelepasan dibuat pada jam 7.00pagi berhampiran Masjid Perbandaran Nilai.

Screenshot_20170516-072738

Boleh dikatakan tahap kesukaran larian adalah easy/moderate. Disebabkan itu ramai ‘active runners’ yang sampai awal. Kebetulan juga seminggu dari tarikh ini adalah event Standard Charted Marathon, maka ramai competitors dan active runners yang mengambil peluang untuk training. Disebabkan itu, golongan ‘fun runners’ macam aku kena tinggal jauh di belakang ditambah pula dengan bilangan yang sedikit. Jika nak dibandingakn masa Bukit Jalil Half Marathon, at least ada lebih kurang 120 lebih ‘fun runners’ lari di belakang.

Screenshot_20170516-072751

Nak dijadikan drama, di kilometer 19++ km, perut aku mula memulas rasa nak terbuang air besar.  Tahap memulas itu memang serius hingga menyebabkan aku hilang fokus. Aku terpasa kontrol nafas dan berjalan slow, sedangkan ada baki 1.5++ km lagi je nak habis 21 km. Aku terpaksa singgah di toilet stesen minyak dan menghabiskan 7 minit untuk selesaikan sakit perut itu. Maka disebabkan itu ramailah runners di belakang aku potong dan habiskan larian jauh lebih awal dari aku. Memang aku rasa kecewa sebab aku target nak habiskan bawah 3 jam tapi takde rezeki. Keluar dari tandas aku pun jalan je slow-slow sampai lengkap 21km mengikut jam Garmin Forerunner. Aku dah rasa malas pulak nak follow masa ikut timing chip tu. Kesimpulannya, aku berjaya habiskan 21km itu tapi aku sudah hilang minat nak kejar timing result organizer disebabkan perkara yang tidak disangka yang terjadi tadi. Umpama pelumba basikal Giro Italia yang jatuh basikal sedangkan hanya ada baki 2km untuk habis perlumbaan….akhirnya kayuh santai je la ke finishing line.

20170514_123116

Ini adalah event Half Marathon yang ke-2 tahun ini.

Leave a Reply