Kayuh Santai Pulau Pinang Disember 2016

Aku sudah lama teringin untuk berkayuh basikal di Pulau Pinang. Namun, memikirkan bajet besar yang perlu dibelanjakan untuk ke Pulau Pinang, hasrat itu sering tertangguh. Namun pada cuti Disember 2016 kali ini aku meletakkan perancangan untuk berkayuh di sana.

6 Disember 2016 (Selasa). Aku memulakan kayuhan dari Stallion Hotel di Bukit Dumbar pada jam 8.00 pagi. Mode kayuhan aku kali ini adalah santai kerana trafik di Penang agak sibuk, maka aku harus berhati-hati. Aku telah menetapkan beberapa ‘checkpoint’ di sekitar laluan dan di situ aku akan berhenti rehat mengambil gambar kenangan.

dsc01549

Checkpoint pertama: IPG Pulau Pinang, dahulunya digelar M4P, tempat aku belajar menjadi guru.

dsc01552

Recsam bersebelahan IPG.

dsc01555 dsc01558

Kayuh menuju Gelugor – Taman Brown – USM (Sungai Dua)

dsc01561 dsc01564 dsc01572

Kemudian, kayuh ke Bukit Bendera ( tapi bukanlah sampai ke puncaknya…)

dsc01576

Taman Botani Pulau Pinang…sekejap aje..

dsc01577

Singgah sekejap di sekolah di mana aku menjalani Praktikum mengajar dahulu pada Tahun 2009…

dsc01582 dsc01585

Lepak dulu di Gurney Drive….hari sudah mula panas….

dsc01589 dsc01592

Ke Padang Kota kita…Fort Cornwallis..

dsc01593 dsc01599 dsc01598 dsc01595 dsc01603

Ini paling best. Kayuhan mencari Street Art di bandar Georgetown…

dsc01607

Keluruhan jarak kayuhan hingga ke hotel semula adalah dalam 47km. Aku sempat tiba sebelum pukul 12.00 tengah hari. Berasa sangat puas hati akhirnya dapat berkayuh di sekitar Penang. Syukur.

Leave a Reply