NS Nature Jamboree Jelebu 2016

20161119_073448

19 November 2016 (Sabtu) aku telah menyertai Jamboree MTB NS Nature di Jelebu, Kuala Klawang. Ini merupakan kali kedua aku join event ini.

20161119_073757

Tempat permulaan event adalah sama seperti tahun lepas iaitu di hadapan Muzium Adat Kuala Klawang.

20161119_073627

Flag off ialah pada pukul 8.00 pagi. Lebih kurang 1000 perserta menyertai event kali ini. Cuaca amat baik pada hari ini. Trail yang hampir sama seperti tahun 2015 cuma ‘reverse’. Banyak bukit perlu dihadapai pada 19km yang pertama menyebabkan perut terasa senak.

20161119_103254

Berjaya menghabiskan 33km kayuhan hingga garisan penamat. Tempat pertama yang dituju ialah booth makanan. Seperti biasa, event anjuran Perpatih pasti menghidangkan air-air minuman sejuk yang lazat untuk para rider.

20161119_110614

Rangking 100 Men Open dan overall 276 daripada lebih kurang 900 rider. Syukur.

Leave a Reply