USIM Mini Fund Jamboree 2016

Ahad, 18 Sept 2016 aku telah menyertai event cycling mini fund jamboree di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sewaktu bertolak dari rumah cuaca berangin dan langit mendung. Sepanjang pemanduan di highway ke Nilai langit gelap seolah hari pasti hujan. Aku telah membuat keputusan, jika hujan lebat aku akan cancel kayuhan dan ambil medal sahaja sebab aku pun baru baik demam. Tak mahu demam lagi.

dsc01472

Setibanya di Nilai, cuaca memang hujan gerimis. Namun, aku tekad untuk kayuh pagi ini.

dsc01467

Peserta tidak ramai, lebih kurang 500 sahaja.

dsc01468

Kayuhan dimulakan pada jam 8.30 pagi Pusat Sukan USIM. Kayuhan ini sepanjang 20km off-road berkonsepkan santai.

dsc01470

Sepanjang kayuhan cuaca baik, tidak hujan. Kawasan kayuhan adalah sekitar belukar dan ladang keliling USIM. Trailnya ada yang berbatu-batu kelikir (paling tak best). Hanya ada 1 water-station. Bukit-bukitnya serderhana tapi aku banyak menolak sebab perut berangin-angin, takut memulas pulak. Tiba di penamat jam 9.50pagi. Syukur dapat habiskan kayuhan dengan selamat.

dsc01473

Leave a Reply