Tips Belajar Secara Bersendirian

belajar sendiri

Terdapat pelbagai cara mengulangkaji pelajaran di rumah. Salah satunya adalah belajar atau mengulangkaji secara bersendirian. Berikut adalah beberapa cara yang boleh diikuti.

  1. Baca nota ringkas atau peta minda bukannya baca buku teks dan buku rujukan yang tebal.
  2. Ulangkaji sambil mendengar muzik yang diminati adalah satu cara untuk menaikkan semangat dan menghibur hati sewaktu mengulangkaji. Namun, ia bergantung kepada kesesuaian individu.
  3. Mengulang-ulang membacakan fakta kepada diri sendiri. Seolah-olah bercakap seorang diri, tetapi ia berkesan untuk mengukuhkan ingatan.
  4. Ingat, ulang dan tulis semula fakta ke atas kertas.
  5. Belajar diselangi dengan rehat. Belajar terus-menerus akan menimbulkan tekanan. Rehat sebentar dan sambung semula ulangkaji.
  6. Belajar dengan melihat jawapan belakang. Terlebih dahulu cuba selesaikan sendiri dahulu soalan sehingga dapat jawapan. Kemudian semak jawapan belakang. Jika jawapan anda salah, cari punca mengapa ia salah.

Leave a Reply