Ronda-Ronda Shah Alam 43km

20 Ogos 2016 pagi asalnya aku bercadang mengayuh ke Putrajaya dari Puchong. Namun, awal 6.00 pagi kedengaran guruh di langit dan hujan halus di luar. Check di beberapa portal cuaca mengatakan thunderstorm di Putrajaya. Aduhhh..

Tunggu hingga jam 7.30 pagi. Masih rasa tidak yakin berkayuh ke Putrajaya. Cuba check ramalan cuaca di Shah Alam, katanya OK, tiada hujan. Maka tukar plan, pack basikal dan barang masuk kereta. Hari ini berkayuh ke Shah Alam lah kita..

Kayuhan di mulakan jam 8.30 pagi dari Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Alhamdulillah cuaca di sini mengizinkan.

DSC00129

Target hari ini ialah berkayuh di dalam Taman Botani Shah Alam. Namun sebelum itu pusing-pusing dulu sekitar Shah Alam.

DSC00098 DSC00101

Seterusnya barulah bergerak kayuh ke Taman Botani Shah Alam.

DSC00102

Rupanya jam 8.30 pagi dah buka. Bayaran masuk bagi dewasa ialah RM3.00 dan bawa masuk basikal sendiri adalah percuma. Itu yang best.

DSC00123

Kemudahan menyewa basikal disediakan.

DSC00105 DSC00113 DSC00114

Serius memang bahaya downhill bukit ni. Kalau brek tak makan boleh terbabas.

DSC00116

Memang sangat seronok kayuh di dalam Taman Botani Shah Alam ni. Redup dengan pokok-pokok. Jalan tar yang rata. Bukit-bukitnya pun boleh tahan dan mencabar bagi cyclist yang suka climbing.

DSC00121

Rasa haus lah pulak. Lepak sebentar di pondok yang redup. Minum air kotak Oren dibawa dari rumah. Fuhh…

Setelah puas berkayuh, aku terus bergerak ke Masjid semula. Tapi untuk tujuan menambah kilometer, singgahlah sebentar di beberapa tempat ikonik di Shah Alam ni.

DSC00133 DSC00138

Tiba di Masjid semula jam 11.00 pagi.  Jumlah jarak kayuhan di Shah Alam pagi ini sebanyak 43km. Insyaallah, akan berkayuh ke Shah Alam lagi selepas ini.

Leave a Reply