Memberi Kerjasama Dengan Guru

Apa maksud kerjasama ?

Kerjasama bermaksud usaha yang dilakukan bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain.

kerjasama

Satu di antara punca utama yang menentukan kejayaan seorang pelajar ialah dengan memberikan kerjasama terhadap guru yang mengajar. Terutama sekali dengan memberikan sepenuh kerjasama kepada guru sewaktu di dalam bilik darjah.

Pelajar-pelajar yang memberi kerjasama terhadap guru akan:

Melancarkan proses pengajaran oleh guru.

Memudahkan pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.

Dapat belajar dalam keadaan bilik darjah yang tenang.

Dapat belajar dalam keaadaan fokus.

Sebaliknya jika pelajar-pelajar tidak memberi kerjasama terhadap guru:

Bilik darjah menjadi bising dan kelam kabut.

Pengajaran guru akan terganggu.

Guru mudah marah dan hilang fokus.

Pelajar susah memahami apa yang diajar guru.

Fokus pelajar lain akan terganggu.

Bagaimana cara memberikan kerjasama terhadap guru ?

Memandang ke arah guru kerika mengajar.

Fokus mendengar apa yang disampaikan oleh guru.

Tidak bermain-main dan bersembang ketika guru mengajar.

Terus melakukan setiap arahan yang diberi oleh guru tanpa tangguh.

Menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada waktunya.

 

 

Leave a Reply