Section C: Writing A Story

Untuk menulis sebuah cerita, kamu mesti memikirkan perkara di bawah:

  1. Characters (watak-watak)
  2. Place setting (tempat berlaku)
  3. Time setting (masa berlaku)
  4. Plot (peringkat perjalanan cerita dari awal hingga akhir)

moun

Kemudian, perjalanan cerita yang baik mesti mengandungi peringkat- peringkat di bawah:

  1. Opening (pendahuluan)
  2. Build-up (perjalanan naik cerita)
  3. Problem (kemuncak cerita)
  4. Resolution (perjalanan turun cerita)
  5.  Ending (penutup)

s1s2 

 

Berikut adalah panduan umum untuk menulis karangan Bahasa Inggeris Paper 2 (Section C)

Step 1: Baca soalan. Apa kehendak soalan ?

Step 2: Dapatkan bayangan cerita ? Gabungkan semua gambar dan bayangkan di minda:

Gambar-gambar ini semua cerita tentang apa dan siapa ?

Siapa watak-watak yang terlibat dalam gambar ? Siapa nama ?

Apa yang terjadi pada Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3 ?

Susun jalan cerita ?

Step 3: Catat atau conteng isi penting dahulu. Lihat gambar satu-persatu. Buat catatan ringkas di atas kertas.

Senaraikan  aksi / perbuatan / kejadian yang dilakukan di dalam setiap gambar ?

Kenalpasti (verb) kata kerja Bahasa Inggeris yang diperlukan untuk buat ayat nanti.

Lihat gambar dan tanya ” Apa yang berlaku seterusnya…..dan seterusnya ?

Step 4: Lakukan Step 3 pada Gambar 1, Gambar 2 dan Gambar 3.

Step 5: Mula menulis karangan. Tuliskan satu perenggan “Introdution” dalam 2 ayat..

Perkenalkan watak utama. Siapa nama ?

Cerita sedikit latar belakang watak itu. (yang ada kaitan dengan cerita)

Step 6: Masuk perenggan 1 untuk Gambar 1. Gunakan maklumat-maklumat daripada catatan tadi. Panjang dan kembangkan ayat dengan maklumat tambahan. Waktu ini vocabulary dan kreativiti murid diperlukan.

Gunakan ‘Sentence Stretching” untuk panjangkan ayat.

Tambahkan perkataan-perkataan sendiri.

Gunakan pelbagai nouns, adjectives, preposition, adverbs, linking words yang sudah dipelajari.

Gunakan ayat compound dan ayat complex.

Step 7: Teruskan Step 6 untuk Gambar 2 dan Gambar 3.

Step: 8: Tulis 2 ayat  sebagai penutup cerita.

Kesudahan baik atau buruk ?

Apa pengajaran yang diperlajari oleh watak ?

Apa yang terjadi kepada watak di akhir cerita ?

Peringatan:

Semua di atas adalah cara menulis sebuah karangan secara asas. Kunci kepada susah atau senang menghasilkan sebuah karangan terletak pada siapa yang menulis. Menulis karangan akan menjadi sangat susah jika:

Tak pandai nak membayangkan jalan cerita.

Tak pandai berimaginasi ke atas gambar di berikan.

Tak pandai mengembangkan jalan cerita jadi panjang.

Tak tahu tukar ayat BM kepada English,

Kurang Vocabulary Bahasa Inggeris dalam otak.

Kurang pengetahuan membina ayat (walaupun ayat mudah)

 

Leave a Reply