Perkara-Perkara Yang Merosakkan Minda

 

 

 

 

 

10rosakotak2

 

Antara perkara-perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan minda:

1.Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.

2.Terlebih makan.
Makan berlebihan akan mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3.Merokok.
Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.Mengambil Gula Berlebihan.
Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.

5.Menghidu Udara Yang Tercemar.
Otak memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi .Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.

6.Tidur Yang Berlebihan.
Tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7.Tidur Dengan Menutup Muka.
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.

8.Kurang Berimaginasi.
Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.Jarang Berfikir.
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif.

10.Tidak Membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.

11. Hidu Gam
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan.

12. Minum Arak
Apabila seseorang meminum alkohol boleh mengakibatkan seseorang mabuk dan hilang kewarasan.

Leave a Reply