Perbualan Di Dalam Bilik Darjah

1. Boleh saya pergi ke tandas ?
May I go to the toilet please ?

2. Cikgu, saya kurang faham. Tolong terangkan sekali lagi.
Teacher, I still do not understand. Can you explain it again ?

3. Saya ada satu soalan.
I have a question to ask.

4. Perut saya sakit
I have a stomachache.

5. Kepala saya sakit.
I have a headache.

6. Boleh saya ke kedai buku ?
May I go to the bookshop ?

7. Boleh saya pinjam pemadam awak ?
Can I borrow your eraser ?

8. Saya belum siap kerja lagi.
I haven’t finished yet.

9. Saya sudah siap kerja.
I have finished my work.

10. Maaf, saya lupa siapkan kerja rumah saya.
I am sorry ! I forgot to finish my homework.

11. Boleh saya keluar sekejap ? Saya nak jumpa Cikgu Azman.
May I go out for a while ? I want to meet Teacher Azman.

12. Boleh saya beli air di kantin ? Saya dahaga.
can I go buy some drink at the canteen ? I am thirsty.

13. Saya tidak faham perkataan ini.
I don’t understand this word.

14. Apa maksud ‘Volcano’ ?
What is the meaning of Volcano ?

15. Cikgu, dia curi pemadam saya.
Teacher, he stole my eraser.

16. Muka surat berapa saya kena buka ?
Which page should I open ?

17. Saya tidak tahu bagaimana hendak buat.
I don’t know how to do it.

18 Cikgu, boleh ajar saya macam mana nak buat ?
Teacher, can you teach me how to do it ?

19.Cikgu, tolong maafkan kesalahan saya.
Teacher, please forgive my mistake.

Leave a Reply