Bagaimana Cara Menghormati Guru

guru

1. Mendahulukan memberi salam kepada guru.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru kecuali apabila ditanya.
3. Melakukan terus arahan dari guru tanpa memberi sebarang alasan.
4. Jangan bertanya melainkan setelah dibenarkan oleh guru.
5. Jangan membangkang kata-kata guru.
6. Jangan memandang ke tempat lain semasa guru sedang mengajar.
7. Jangan bermain-main perkara lain semasa guru sedang mengajar.
8. Jangan menyoal semasa guru sedang penat atau sibuk.
9. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
10. Dengar dengan cermat ilmu yang disampaikan oleh guru walaupun ilmu itu sudah difahami.
11. Jangan duduk di tempat guru.
12. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali dengan meminta izin.
13. Meminta guru memaafkan kesalahan dan menghalalkan ilmu.
14. Sukarela membantu guru dengan ikhlas.
15. Menjaga hubungan baik dengan guru.
16. Selalu mendoakan guru.

Leave a Reply