Definisi Ragging (Rag)

Pernah dengar istilah Ragging atau budaya Ragging ? Yang selalunya terkenal di asrama-asrama sekolah, universiti atau kolej.

Golongan yang beradab lagi bertamadun tidak akan menyokong amalan RAGGING ini tetapi masih ada kelompok manusia yang menyokongnya dengan mengatakan bahawa.

RAGGING adalah untuk mengajar Junior menghormati Senior…untuk mengerat hubungan silaturahim antara Junior dan Senior…untuk menguatkan semangat diri….sebagai amalan seronok-seronok yang menjadi tradisi..

Tahukah anda apa definisi atau maksud RAGGING atau RAG mengikut 2 buah kamus Bahasa Inggeris online ?

ragging

ragging 2

RAG adalah bermaksud “to make fun of someone..” iaitu mempermainkan seseorang, memalukan seseorang, menjadikan seseorang bahan ketawa atau dalam kata lain menjatuhkan harga diri sesorang dengan meletakkan diri seseorang itu dalam keadaan sangat rendah.

Kita tahu bahawa Islam mengajar umatnya menghormati sesama saudara Islam dan menghormati manusia lain. Maka, adakah amalan RAGGING dibenarkan oleh agama Islam kononnya dengan alasan untuk membina rasa hormat dan membina silatarahim antara Junior dan Senior ? Fikirkan.

Kes Buli T Nhaveen: Buli Bertukar Jenayah Bunuh

jenayah buliSumber: Google search

GEORGETOWN: Selepas enam hari bertarung nyawa dan mengalami keadaan otak mati, mangsa kes buli, T Nhaveen, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, petang tadi.

Nhaveen, 19, yang koma sejak dimasukkan ke HPP Sabtu lalu, dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat kecederaan parah termasuk mengalami kesan koyakan pada di dubur akibat ditusuk objek tumpul.

Dalam kejadian di Taman Tun Sardon, Gelugor, pada jam 2 pagi itu, Nhaveen dan seorang rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki yang juga bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun selepas berlaku perang mulut antara mereka. Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Osman, mengesahkan mangsa meninggal dunia di HPP dan kes berkenaan dijangka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

…………………………….

kes buli 2Sumber foto: Google search

GEORGETOWN: Permohonan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap lima suspek kes buli dan liwat T Nhaveen, kerana membunuh akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata permohonan reman itu akan dilakukan sejurus kertas pertuduhan yang pada awalnya disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, siap. “Polis sedang berusaha menyiapkan kertas pertuduhan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya.”Bagaimanapun, orang ramai dinasihat supaya bersabar dan jangan membuat sebarang spekulasi kerana kertas pertuduhan ini perlu dibuat secara teliti dan menyeluruh bagi memastikan mangsa dapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Nhaveen yang bertarung nyawa dan mengalami keadaan mati otak selepas menerima rawatan selama enam hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang, semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, Sabtu lalu, Nhaveen dan rakannya, T Perviin, 19, dipukul lima lelaki, termasuk bekas rakan sekolahnya berusia antara 16 hingga 18 tahun, selepas berlaku perang mulut antara mereka. Bagaimanapun, Perviin sempat melarikan diri sebelum Narvheen diseret ke kawasan padang dan dipukul menggunakan topi keledar, dibakar pada bahagian bahu dan duburnya ditusuk objek tumpul.

………………………………

Sumber berita: https://www.bharian.com.my/